Wednesday, 16 January 2019

Pegawai Imigresen KP 19

Assalammualaikum dan hello,

Tahun ni Moon cukup 5 tahun berkhidmat dalam Jabatan Imigresen Malaysia tapi bulan 4 ni la..hehehe..bila cakap pasal Imigresen ja mesti orang pikir buat pasport. Tapi sebenarnya Imigresen ni banyak cabang dan banyak benda kita boleh belajar sebagai Pegawai Imigresen.
Selain memproses pasport, visa, pas dan permit. Imigresen juga bertanggungjawab menjalankan kawalan di pintu masuk darat, laut dan udara selain turut menguatkuasakan undang-undang penguatkuasa yang macam selalu kita tengok kat 999 tu.


Bulan 1 2014, Moon dapat temuduga Pegawai Imigresen KP 19. Macam biasa mula tu ujian fizikal yang melibatkan BMI, mata, bentuk tubuh dan pancaindera yang 
lain. Lepas tu calon yang lulus terus diminta untuk menukar pakaian formal untuk sesi temuduga pula. Memang dalam surat panggilan temuduga dah diberitahu untuk membawa bersama pakaian formal.
Tapi sekarang Moon dengar kena amek ujian kompetensi sama. Jadi sekarang memang berbeza sikit proses temuduga nya ya.

Okay sekarang Moon akan cerita serba sedikit soalan yang ditanya semasa temuduga.

1. Perkenalkan diri
  - Sebenarnya ni orang kata macam pembuka bicara la ya. Masa bercerita tu pastikan apa yang kita tulis kat resume tu betul dengan apa yang kita cakap ya. Sebab penemuduga ni nampak ja macam tak berapa tengok resume kita tapi mereka teliti taw.

2. Terangkan serba sedikit mengenai apa yang anda tahu mengenai Imigresen.
  - Sebelum nak pergi interview mana-mana jabatan, pastikan anda tahu serba sedikit mengenai jabatan itu. Paling kurang pun mengenai bidang tugas imigresen
https://www.imi.gov.my/index.php/ms/
Memang kadang-kadang kita ada masalah untuk hafal semua tu tapi paling kurang kita dapat keywords dia pun dah cukup.

3. Moon diminta berdiri dan nyanyikan lagu negaraku
  - Actually tak sangka pun penemuduga tu suruh nyanyi ni. Tapi tahan telinga la depa dengar sora Moon. Hehehehe

4. Sebutkan pintu masuk yang terdapat di negeri Pulau Pinang
   - Moon interview untuk KP17 ( sekarang KP19) masa tu dekat Penang. Jadi penemuduga minta jelaskan pintu masuk yang terdapat di Penang.

5. Anda mempunyai degree, kenapa anda rasa anda mahu memohon jawatan menggunakan SPM.
   - Dulu untuk pengetahuan semua calon yang mempunyai degree dibenarkan memohon jawatan bagi peringkat SPM tetapi sekarang maaf ya. Gred jawatan yang dipohon adalah mengikut kelulusan anda.

Setakat ni itu la soalan-soalan yang Moon ingat. Yang lain tu dah tak ingat sangat. Tapi kepada yang ingin tahu lebih lanjut mengenai jawatan ini bole ja tanya soalan di ruangan komen. InsyaAllah Moon akan cuba jawab. Jabatan Imigresen ni kita nampak ja macam biasa tetapi sebenarnya sangat mencabar taw.

Lagi satu kalau boleh janganlah konfius antara kastam dengan imigresen ni. Berbeza taw. Kastam memeriksa barang manakala Imigresen memeriksa orang. Ingat tu.. Okay jumpa lagi semua..

BABAI...

1 comment:

  1. Gred 19 ni penting x utk penguasaan bahasa inggeris..masa temuduga ada kena cakap inggeris x?

    ReplyDelete